Sunday, February 21, 2010

Shakespear Bay, Orewa

salam..
mama and abah, sorry lama tak update. malas. haha. semalam bil pergi Shakespear Bay kat Orewa. dengan kakak senior ramai2. naik bas North Star, $10 kowt. tapi kakak senior bayarkan semua. dieorg memang baik hati. gerak pukul 10, perjalanan dalam 2 jam (sebab bas ting tong/berhenti2). bil tak mandi laut tapi sebab malas nak tukar baju semua. lagipun air dia masin sangat. nanti allergik pulak kan. so yang best amek gambar je la. sila lihat... :D

laut dia cantik. kaler biru. pastu boleh kutip kerang, balik Ema and Fara rebus. hahaha. Bil tolong makan je. ha, Bil dah beli boots Body Glove. $30 jerk. cantet...



minggu ni minggu orientasi. tapi takde mende pon snanye. just berkenalan je kowt. lagi seminggu start kelas. malas betul. nanti bile2 Bil blog lagi. i love you Xxx

Monday, February 15, 2010

February 16

kalau tengok, dekat Facebook bil dah ade upload gambar sikit2. semua gambar tu ema yang ambil. haha. bil malas nak jalan sambil pegang kamera. hari ini 16 Feb 2010, pagi ade taklimat dari Sheryll, organizer group TESOL. petang dalam jadual die tulis ade tour seluruh bandar Auckland naik bas tapi tak jadi kot. pagi tadi kene marah dengan orang yang keje maintenance sini sebab banyak air atas lantai toilet so die kate leaking. die kate kieorg mandi kat luar shower sampai basah. padahal air shower tu yang terpercik keluar. so die kate nanti kalau leaking lagi kene bayar la pe la. sedih. tapi xpe. dah ok dah.

sebab x jadi tour, so petang tadi teman Ema and Farhanis pergi Queen St, cari camera and iPod. pergi la survey camera dari kedai kedai semua. last2 Ema beli camera kat satu kedai ni. promoter dia half Kadazan half New Zealand. tapi muka die New Zealand la. Ema tawar2 dapat la murah jugak. lepas tu Ema and Farhanis beli iPod dekat Dick Smith,Westfield. murah. $319 je siap dapat sampul free. bil tak beli ape2. cuma beli towel $7 and cadar $15. sebab towel dengan cadar tinggal satu je.

Ema dan Farhanis



kat sini ade banyak kedai jual baju dress murah2 macam Glasson, Cotton On and Supre. kalau kak long and kak ude datang mesti suka. murah jer. ade dress $15 je. pakai dengan cardigan la tapi. bil pon test la satu. Farhanis pun beli satu $20. lepas tu bil saje2 la survey handset. bil nak beli tapi bukan sekarang. bil nak pastikan dah bayar rent semua baru belanja. handset yang macam abah bagi bil ni $159 satu kat sini. mahal jugak. haha. cakap pasal rent, tadi cek e-mail dah ade notis kate rent dah boleh bayar. dah tambah2 semua sampai bulan 5 dalam $5000.cukup la kalau dah tolak semua sebulan duit belanja ada dalam $350. tapi budak2 lelaki kat sini macam nak tanye boleh tak nak keluar Sem2 sebab Sem 2 nanti dah tak cukup duit. nak pindah rumah yang murah sikit la. lepas dapat jawapan baru kami nak bayar rent sama2. budak2 perempuan ada 7 orang kat International House ni. budak lelaki ada 6 orang. kiteorg sama2 la saing nanti kalau nak bayar.







esok ade perjumpaan library pukul 12.30. tu pasal boleh tido lewat sket. tapi tak boleh lewat sangat sebab takut terlepas breakfast. rugi dah bayar. kalau abah or mama nak call, topupkan bil dalam rm30 dulu. i love you :')

dress. saje je ni. dalam bilik








p/s: banyak t-shirt lelaki murah2. kalau nampak mesti terpikir nak belikan bang jik and abang ngah. tapi lame lagi nak balik. t-shirt All Black original $90. bankrap lerr... haha

Friday, February 12, 2010

jalan2 Wakefield St & Queen St

adik nak sangat tengok gambar. ntah pape

depan gate International House







Apartment sebelah, Empire





Wakefield St, on the way pergi Queen St. kat batu ni de pompuan pakai kain je x pakai baju. ntah pape.



dengan Syafiq yang gile




jalan depan ni namanye Symonds St. jalan utk ke kelas



Auckland City banyak jalan raya. ni lah salah satu nye.still dekat Wakefield St



bangunan yang macam KL Tower ni namanye Skycity. sebelah die IMAX, tempat wayang tu. Skycity ni org selalu buat bungee jumping.






ni Clock Tower yang keberapa ntah. die ade banyak. yang paling glamer Uni of Auckland punye tp x pernah nampak lagi





Queen St. die x banyak mall tapi banyak kedai ade bangunan sendiri. macam Luis Vuitton, Gucci, Borders, Billabong, Body Shop, sume tepi jalan je cam kedai runcit. yang hijau depan Starbucks tu The National Bank. bank bil.


tu je la dulu gambar yang ade. bangunan jerk pon sume. tapi bez

hari 2 and 3

salam mama, abah and family.

12 Feb 2010
semalam bil keluar beli barang (baldi and hanger) dekat Westfield. kejap je. lepas tu balik bilik, solat and pergi tengok wayang Percy Jackson dengan Hawa and Syafiq. saje je tengok town
malam2.



balik dari wayang bil and syafiq lapar sebab x lunch (lunch utk 2 minggu di International House takde. sbb ramai belum masuk. jadi cari la kedai makan. sini ramai org Arab Iran jual kebab, nasi, and burger halal. kedai yang mula2 tutup jadi pergi beli kat luar. kat luar sejuk sangat so singgah beli cappucino and hot choc kat cafe. lepas tu nampak Star Kebabs yang ade cop halal, kiteorg pergi masuk makan kebab and burger. syafiq order burger. besar gile dapat. haha





lepas tu balik. kat apartment sebelah (Empire) ada budak2 New Zealand buat party. tapi dieorg sesame dieorg jerk bising. tak kacau org.

13 Feb 2010
tengah hari pergi keluar makan kat Queen St. lepas tu jalan2 kat Queen St. terus beli no. Vodafone biar kawan2 cni senang nak contact. no $30, topup $20. mahal btol! tapi xpe, call rate murah. lepas tu nampak handset. nak beli tapi blackberry macam 600 lebih (ABAH BAGI LA BIL DUIT SKET UTK BELI BLACKBERRY. ANSURAN BULANAN BIL BAYAR KAT ABAH). lepas tu nampak handset laen2 cukup je nak beli pakai duit yang bil kumpul. tapi rugi nanti bil x dapat handset yang bil suke. so, nak tunggu duit abah. haha. iPhone kalau postpaid (sebulan bayar 40$) baru $450 gitu. macam nak beli tp iPhone kurang bez. lagipun kalau nak beli nak tanya abah and mama dulu. beli chapstick sebab bibir kering kalau x pakai. x beli ape2 pun laen pon. tibe2 nampak kedai adidas ade clearance sale, jumpe baju Canterbury $15 je. beli ah. ape lagi.



jalan2 lagi nampak banyak bookshop. buku beribu2, sampai 3 tingkat bookshop. kalau ekjah ade mesti dah borong. ade Borders, Whitecoulls, and University Book Shop. lepas tu ade kedai buku 2nd hand, buy and sell. name die, Jason Books...buku baru2 lagi tapi harga second hand. xde lah murah sangat dalam $8-$10 satu buku. nanti dah nak balik boleh belikan ekjah.



lepas tu terus balik. ade kedai convenience store org ni x tahu la Japanese/ Korean tapi die baik la. kedai die pun kalau biskut2 murah. kat cni sebab banyak jalan, die banyak jual energy drink, supplement drink and vitamin water. vitamin water macam ni..



sampai bilik, solat and rehat jap. pukul 6.15 pergi dinner kat dining hall bawah. dinner dari pukul 5.30 sampai 6.30. malam ni duduk bilik tengok movie kat laptop jerk. penat berjalan. nanti kelas dah start x sempat dah nak berjalan. pasni bil post gambar2 yang amek td. x banyak pon. malas nak amek gambar. bye

alamat bil

baru perasan address bill bagi macam salah. ikut yang ini

121, International House,
27 Whitaker Place,
Grafton, 1010, Auckland, New Zealand.

atau

121, International House,
27 Whitaker Place,
1010, Auckland, New Zealand

Thursday, February 11, 2010

salam..
bil suka International House. sangat cantik. bilik bil & hawa besar.sila lihat gambar

BILIK BIL




BILIK AIR DALAM BILIK BIL



BILIK HAWA



RUANG BELAJAR (bersepah sebab baru lepas makan)


PINTU KELUAR BILIK


HALLWAY


BILIK BIL SEBELAH PINTU KELUAR


DALAM BILIK ADE BATHROOM< DEPAN BILIK PON ADE



alamat tempat bil:

International House,
27 Whitaker Place,
Symonds St, 1010, Auckland,
New Zealand.

tadi admin tulis kat kertas bayaran 190/week. kire lagi murah dari yang dulu. kalau betul murah, tros duduk dalam jerk sebab tempatnye selesa. td petang kemas barang, mlm td jalan2 kat Queen St (dalam 1.5km dari tempat bil). pergi wayang IMAX tapi x sempat nak tengok cter. sok jerk kowt.